Monday 14 April 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 15

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..


TARIKH          : 14 APRIL 2014
HARI              : ISNIN
MASA             : 7.40-8.10 PAGI

GURU BERTUGAS: 

1. PUAN SHA'AZRINA BT MOHD IMRAN
2. PUAN RASHIDAH BT MAHMAD
3. PUAN SITI HAJAR BT LEBAI KARIM
4. PUAN SUHAIZAN BT CHE OSMAN
5. CIK ILI SYAHIRAH BT ABD GHANI

KEHADIRAN GURU:   24/28 ORANG
GURU TIDAK HADIR DENGAN MAAF:
1. Zahrulhuda bt Hj. Kamrudin - Mesyuarat penyelarasan Jurulatih Utama Kebangsaan Kursus Orientasi DSKP Tahun 5 KSSR
2. Zakaria bin Sha'ari - cuti rehat khas
3. Fauzan bt Muhammad - Cuti rehat khas
4. Maz Azlee bin Azhari - Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah (Lelaki)
Laporan: 
1. Nyanyian 2 buah lagu - lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor
2. Bacaan doa oleh Adik Muhammad Naqib b. Muhammad Nazri (4 Marikh)
3. Bacaan ikrar Rukun Negara serta ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh Puan Sha'azrina.
4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Reza Rinaldi b. Mohd Ali (3 Alza)
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh  Pn. Nurul Hidayah bt Abdul Wahid
    i.  Kebersihan persekitaran sekolah amat memuaskan. harap semua murid dapat kekalkan.
   ii.  Murid tidak digalakkan membeli makanan yang dijual di luar pagar sekolah kerana tidak dapat dipastikan 
      khasiat dan kebersihan makanan tersebut. Malah murid membuang sampah di kawasan tempat menunggu 
      yang menyebabkan persekitaran yang kotor dengan samapah sarap. Harap murid dapat menjaga                 
      kebersihan di kawasan tersebut. 
  
6. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn Sha'azrina)
    i)  Memperkenalkan guru-guru bertugas,guru-guru baharu iaitu:
    1.Pn Rashidah Mahmad
    2.Pn. Siti Hajar Lebai Karim
    3.Pn. Suhaizan Che Osman
    4.Cik Ili Syahirah Abd Ghani
    ii) Tema: Budaya Pelajar Cemerlang
        Ciri-ciri pelajar cemerlang perlu dimiliki oleh setiap pelajar cemerlang iailah :
        i.   Berkeyakinan tinggi - murid perlu percaya akan keupayaan diri sendiri.
       ii.   Bertanggungjawab - murid harus berani menanggung risiko atas pilihan sendiri.
      iii.   Memberi tumpuan semasa di dalam kelas - sentiasa fokus dan memberi tumpuan kepada pengajaran 
            yang sedang berlangsung.
      iv.   Menyiapkan tugasan/kerja rumah dengan sempurna - tugasan/kerja rumah yang telah diberikan oleh 
            guru seharusnya disiapkan tanpa bertangguh.
      v.   Memberi pendapat dan menjawab soalan yang ditanya guru
      vi.  Membuat persediaan awal untuk memulakan pelajaran 

-         7. Ucapan Guru Disiplin Sekolah, Puan Rashidah Mahmad
 i . Laluan jalan balik ke sekolah - murid-murid perlu ikut laluan yang telah disediakan menuju ke pagar kecil dan tempat letak basikal. Murid tidak dibenarkan memijak rumput berdekatan kelas tahun 1. 
     
        8. Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum , Puan Salmah bt Ismail.
    i. Ucapan terima kasih kepada semua pentadbir, guru dan murid yang telah hadir ke sekolah pada Sabtu lalu -        Kem Bestari Solat.
   ii. Menasihati murid agar bersama mewujudkan budaya pelajar cemerlang. Fokus utama murid adalah disiplin 
      diri iaitu peraturan sekolah hendaklah diikuti. Pembentukan sahsiah diri yang baik adalah daripada disiplin           diri yang tinggi. 

Majlis perhimpunan diakhiri dengan persembahan bercerita Adik Aini Annisa bt Hashim dari kelas 5 UPM. Adik Aini akan menyertai pertandingan bercerita pada hari Rabu - 16 April 2014. Bersama kita doakan kejayaan adik Aini. 






-
                           



























No comments:

Post a Comment