Tuesday 22 April 2014

PROGRAM PEMULIHAN 3M (ProTiM) TAHUN 4 SESI 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Seiring dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), sedikit penambahbaikan telah dibuat. 
Bagi Tahun 2014, Ujian ProTiM akan dijalankan bagi murid Tahun 4 yang telah dikenal pasti mengikut kriteria yang ditetapkan. Program ProTim ini merupakan program yang dirancang untuk menangani masalah membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid sekolah rendah pada Tahap II. 
Dalam program ini, Ujian PraProTiM akan dijalankan untuk megenal pasti tahap penguasaan 3M murid. 
Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 10 minggu, sebelum diuji semula dalam Ujian PascaProTiM. 

Praujian dan Pascaujian terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

  • Bahagian A - Kemahiran Membaca
  • Bahagian B - Kemahiran Menulis
Oleh yang demikian, pihak sekolah akan menjalankan program ini mengikut jadual aktiviti pelaksanaan seperti di bawah :


TARIKH
AKTIVITI
13 – 18 April 2014
Ujian PraProTiM dijalankan
20 April – 25 Julai 2014
(10 minggu)
Kelas ProTiM dilaksanakan
10 – 15 Ogos 2014

Ujian PascaProTiM dijalankan


Pihak sekolah memohon kerjasama para ibu bapa dan penjaga untuk memastikan anak-anak khususnya di Tahun 4 agar dapat hadir ke sekolah sepanjang program ProTiM ini dijalankan. Program ini dapat membantu mengesan kekuatan dan kelemahan serta tahap literasi bacaan dan tulisan (pencapaian murid). 

Kerjasama daripada pihak ibu bapa didahului dengan ucapan terima kasih.

No comments:

Post a Comment