Monday, 7 April 2014

LAWATAN PENANDA ARAS PRASEKOLAH DAERAH SEPANG




Pada hari Rabu bersamaan 2 April 2014, seramai 36 orang guru prasekolah di setiap sekolah dalam Daerah Sepang telah mengikuti Lawatan Penanda Aras ke Prasekolah SK Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan tali persaudaraan di antara guru prasekolah Daerah Sepang dan juga dapat bertukar-tukar pendapat dan idea dengan guru prasekolah di negeri lain. Lawatan ini telah diiringi oleh Encik Ahmad Rahimi bin Mohamed selaku Penyelaras Prasekolah Daerah Sepang. Kami telah bertolak ke SK Ampangan pada pukul 9.00 pagi dengan menaiki bas.


            Setibanya di sana, kami telah disambut mesra oleh Guru Besar, Barisan Penolong Kanan dan Guru Prasekolah SK Ampangan. Selepas itu, kami telah dibawa ke Bilik Gerakan untuk mendengar ucapan dari Guru Besar SK Ampangan iaitu Encik Ismail bin Mad Isa. Di dalam ucapan tersebut, beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru prasekolah Daerah Sepang kerana sudi mengadakan lawatan ke SK Ampangan. Encik Ahmad Rahimi selaku Penyelaras Prasekolah juga tidak ketinggalan memberi ucapan mewakili guru-guru prasekolah yang lain. Selain itu, Guru Prasekolah Bestari SK Ampangan iaitu Puan Rasidah binti Mohd Abdul Rahman juga telah memberi ucapan. Di dalam ucapan tersebut, beliau telah menyatakan bahawa terdapat satu kelas pra di SK Ampangan yang terdiri daripada 25 orang murid. Beliau juga memberitahu bahawa mengajar kanak-kanak prasekolah adalah tugas yang sangat mencabar dan ianya memerlukan kesabaran yang sangat tinggi di kalangan guru. Kanak-kanak mestilah dapat menguasai 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.


            Selepas itu, kami telah dibawa melawat ke Prasekolah Bestari SK Ampangan. Kami telah melihat keadaan persekitaran di luar dan di dalam kelas prasekolah tersebut. Ternyata keadaan kelas prasekolah di SK Ampangan sangat ceria dan hebat. Jadi, tidak hairanlah jika prasekolah SK Ampangan tersebut memperolehi 5 bintang pada tahun lepas dan kejayaan-kejayaan yang lain.


            Pada pukul 2.00 petang, kami telah bertolak pulang ke Pejabat Pelajaran Daerah Sepang. Kami telah mendapat banyak pengetahuan, ilmu dan maklumat yang berkaitan dengan pengurusan prasekolah hasil dari lawatan tersebut. InsyaAllah, saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk pengurusan prasekolah SK Desa Pinggiran Putra pada tahun hadapan.

Bergambar bersama Guru Prasekolah Bestari  SK Ampangan iaitu Puan Rasidah binti Mohd Abdul Rahman

Guru-guru prasekolah mendengar ucapan dari GB dan Guru Prasekolah Bestari di Bilik Gerakan SK Ampangan





Persekitaran taman di luar kelas prasekolah


Ruang persekitaran dan pembelajaran di dalam kelas prasekolah


Ruang dapur di dalam kelas prasekolah


Ruang persekitaran untuk aktiviti permainan luar

Modul pembelajaran yang telah dibina sendiri oleh Guru Prasekolah Beastari



1 comment:

Marzuki Mohd said...

Cantik susun atur kelas..

Post a Comment