Sunday 13 April 2014

Kem Bestari Solat - Kem Pertama

Pada hari Sabtu 12 April 2014, telah diadakan satu program iaitu Kem Bestari Solat untuk murid - murid sekolah ini. Kem Bestari Solat yang pertama kali diadakan ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Desa Pinggiran Putra. Program ini yang melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga 5 yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir selepas solat zuhur iaitu kira - kira pukul pukul 2.00 petang. Jumlah kehadiran murid pada program ini adalah seramai 209 orang murid yang terdiri daripada lelaki 122 orang dan perempuan 87 orang. Program ini diadakan khusus untuk mengajar anak-anak murid sekolah ini dalam menunaikan kewajiban solat dalam kehidupan seharian mereka. Ramai di antara mereka hanya mendirikan solat mengikut pergerakan imam tetapi tidak tahu bacaan yang sebenarnya. Justeru itu program yang diadakan ini dapat membetulkan bacaan di dalam solat dan seterusnya membuatkan seseorang murid itu rajin untuk mendirikan solat.







Latihan dalam kumpulan yang diberikan kepada murid di dalam kelas 






Murid berhenti berehat di waktu rehat murid


Para guru dan fasilitator makan di ruangan makan guru







Amali solat di dalam kelas


Amali mengambil wuduk



Seorang murid melaungkan azan ketika masuknya waktu zuhur untuk solat berjemaah

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat seperti para fasilitator IPG Kampus Islam, pihak Masjid Jamiurahmah Kg Limau Manis, En Mohd Radzi yang juga merupakan Pengerusi (Penaja) PIBG sekolah dan sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala jasa baik tuan dan puan amatlah kami hargai. Sama-samalah kita majukan sekolah kita ini demi masa depan anak kita. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment