Monday 7 April 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI (MINGGU KE-14)

TARIKH          : 7 APRIL 2014
HARI              : ISNIN
MASA             : 7.40-8.10 PAGI

GURU BERTUGAS: 

1.PUAN NORHAFIZA BT MOHD RAMDZAN 
2. PUAN NOR SABARIAH BT AWANG NGAH
3.PUAN NURUL HIDAYAH BT ABDUL WAHID
4. PUAN NORWATI BT MOHAMMAD SUPIAN

KEHADIRAN GURU:  26/28 ORANG
GURU TIDAK HADIR DENGAN MAAF:
1.Pn Rashidah bt Mahmad – Menghadiri mesyuarat My Spata
2. Encik Zakaria bin Shaari - Urusetia MSSD (Sepak Takraw)

Laporan: 
1. Nyanyian 2 buah lagu - lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor
2. Bacaan doa oleh Rezarinaldi bin Mohd Ali
3. Bacaan ikrar Rukun Negara serta ikrar Pengguna Jalanraya yang dipimpin oleh Puan Norhafiza.
4. Bacaan ikrar murid oleh Mohd Rif’at
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh  Pn. Nor Asiah Mohd Yusof
                              i.   Kebersihan Kelas dan Kantin
-                   Murid hendaklah menjalankan tugas mengikut jadual bertugas kelas yang telah disediakan.
-                  Jaga kebersihan di kantin.Beratur sewaktu membeli makanan

                             ii. Jangan berlari ketika ke tandas
        -       Murid hendaklah memakai pas yang disediakan apabila keluar daripada kelas           
6. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn Norhafiza)
    i)  Memperkenalkan guru-guru bertugas,guru-guru baharu iaitu:
    1.Pn Hanna Najihah
    2.Cik Ili Syahirah
    3.Cik Nurul Aqilah
    ii) Tema: Masa depan bermula hari ini
-                   Apa yang berlaku hari ini mencorakkan apa yang berlaku di masa depan.
            -     Murid yang rajin pada hari ini akan berjaya di masa akan datang dan memperolehi kejayaan
                  yang cemerlang.
-                  Sekiranya malas dan lalai,hidup kita tidak akan berjaya. Oleh itu,berubahlah menjadi insan yang lebih baik.
7. Ucapan Guru Disiplin Sekolah, Puan Zahrulhuda Bt Kamarudin.
 i . Menjaga kebersihan diri (baju,rambut,kuku).Pastikan semuanya bersih dan kuku sentiasa  
    pendek.
   
8. Ucapan Encik Maz Azlee
     i.  Seramai 11 orang murid telah mewakili sekolah dalam pertandingan Olahraga.
     ii. Pertandingan tersebut telah diadakan di padang Majlis Perbandaran Salak Tinggi.
     iii. Diharapkan semua murid dapat menyertai pertandingan-pertandinagn di peringkat daerah
          Sepang.
     iv.Berikut senarai nama murid yang menyertai olahraga.
     Kategori Lelaki
-                   .Muhd Aiman Amir
-                   Muhd Za’im Haiqal
-                   Ahmad Hanif
-                  Abd Syamir Iqmal
-                  Muhd Umar Hafiz
-                  Muhd Ikmal
          Kategori Perempuan
-                 Nurezwana Najwa
-                 Nurin Zafirah
-                 Nur Farah Dania
-                 Nurqistina Maisarah
-                 Balqis Sofea
9. Ucapan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki.
    i) Guru Besar menjelaskan betapa pentingnya menimba ilmu.Ilmu yang tinggi menghasilkan
       individu yang berjaya.
   ii) Menjaga sahsiah diri.Bermula dari sahsiahlah yang akan memandu seseorang itu ke arah yang
       betul.
-                      - Contohnya, Ucapan terima kasih adalah perkara yang sangat mudah dan ringkas tetapi bermanfaat untuk          dilakukan oleh setiap murid.
-                      - Ianya dapat membentuk sahsiah yang baik.
-                       - Untuk berjaya,perlu berusaha. Kemudian berdoa dan bertawakal. Sekiranya gagal, itu sudah ketentuan              dari Allah S.A.W.


Ucapan guru bertugas
   
Ucapan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki

Penyampaian sijil olahraga


Ucapan daripada guru-guru baharu. Dari kiri Cik Nurul 'Aqilah, Cik Ili Syahirah dan Puan Hanna Najihah


Disediakan Oleh,
Pn Norwati bt Mohammad Supian



No comments:

Post a Comment