Thursday 3 April 2014

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU PENGENALAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH SEPANG

Pada hari Rabu bersamaan 2 April 2014, SK Desa Pinggiran Putra telah menjadi tuan rumah untuk Kursus Kepimpinan Manik Kayu Pengenalan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sepang. Kursus ini dihadiri oleh guru - guru pengakap dalam daerah Sepang, Kuala Langat dan Putrajaya. Seramai 80 orang peserta telah menghadiri kursus yang berlangsung pada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Kursus ini adalah untuk melatih guru - guru pengakap untuk menjadi pemimpin yang memiliki manik kayu iaitu pemimpin yang terlatih untuk sekolah - sekolah. Kursus ini dihadiri oleh :

Pesuruhjaya Pengakap Daerah 

Sepang : En Yussri Bin Abdullah
Kuala Langat : En Muhammad Faizal
Putrajaya : Pn Haslinda Bt Hassan

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sepang 

  1. En Mohd Zainurin B Md Yassin
  2. Pn Marini Bt Subari
  3. Pn Masliza Bt Mokhtar
  4. Pn Zahrulhuda Bt Hj Kamarudin
  5. Pn Lim Hong Lee
  6. Pn Ramlah
  7. En Maz Azlee B Azahari
  8. En Zol Amri B Moh Sakroni
Alhamdulillah, tepat pukul 5.00 petang program selesai dan peserta - peserta diberikan sijil. Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sepang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah sudi membenarkan penggunaan premis untuk menjalankan program. Di harap pada masa hadapan boleh bekerjasama lagi untuk membangunkan sahsiah pemimpin - pemimpin pengakap di sekolah masing - masing.


Peserta - peserta membaca ikrar pengakap

Peserta - peserta kusyuk mendengar ceramah

Ketua peserta melapor diri 


Antara para penceramah

Sijil diberikan kepada setiap peserta di akhir kursus


No comments:

Post a Comment