Thursday 3 April 2014

KONSERT AMAL SEMPENA HARI GURU 2014 DAERAH SEPANG, SELANGOR

 
     Pada hari Rabu bersamaan 2 April 2014, Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra telah menghantar seramai 10 orang murid bagi menghadiri Konsert Amal Sempena Hari Guru 2014, Daerah Sepang di Sekolah Menengah Seri Puteri, Cyberjaya. Konsert ini bertujuan untuk mengutip dana sempena hari guru yang akan berlangsung pada bulan Mei depan. Manakala daerah Sepang dilantik sebagai tuan rumah pada tahun ini.
     Jutaan terima kasih kepada Puan Roslah Binti Ghazali kerana sudi menaja tiket murid ke konsert tersebut. Semoga Allah merahmati dan murahkan rezeki yang halal untuk puan sekeluarga. Puan Fauzan Bt Hj Muhammad adalah guru yang mengiringi murid-murid tersebut. Antara murid yang terpilih bagi menghadiri konsert tersebut ialah:-
    (1)   Nur Asyikin Bt Mohd Yusof - 4 Utarid
    (2)   Nur Farah Dania Bt Norfadzil - 5 UPM
    (3)   Fazreen Bt Zaili - 5 UPM
    (4)   Nurez Wanna Najwa Bt  Anuar - 5 UPM
    (5)   Nurhazlina Bt Suladi - 5 UPM
    (6)   Muhammad Akmal Azizi B Ade Roslin - 5 UKM
    (7)   Aiman Hakim B Rosli - 2 Amanah
    (8)   Mikhael B Zaili - 2 Amanah
    (9)   Izzat Hakimi B Roslin - 1 Anggerik
    (10) Nurul Najihah Bt Ade Roslin - 1 Anggerik
     Persembahan konsert Seri Puteri Symphonic Winds 2014 bermula pada jam 2.30 - 5.00 petang bertempat di Dewan Puteri Perdana, Sekolah Menengah Seri Puteri, Cyberjaya. Persembahan ini sangat hebat sehingga memukau dan menghiburkan para penonton di dewan. Semoga pasukan tersebut terus mencipta kegemilangan di persada antarabangsa.

Guru bersama murid-murid di hadapan dewan.


Murid sedang menyaksikan konsert
 
Persembahan dari Seri Puteri Symphonic
Winds 2014.

 
Video persembahan dari Seri Puteri Symphonic
Winds 2014.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
    
 
 
  

No comments:

Post a Comment